Dari Seremban nak ke KL tak la jauh mana. Tepat 45minit sampai la. So if ada special2/promo2 di KL aku ON saje. Nak2 lagi bab2 makan nih. This time Park Royal KL ada buat promo 1 for 1. (apa natang 1 for 1 tu? Sat lagi aku cita). Pada awalnya aku tak la seserius mana nak pergi. Cuma fill up the form few minutes tru net and dapat confirmation dari pihak hotel dalam masa terdekat tu jugak. EAZE!
Dah sampai waktu nya baru la kami laki bini decide nak pergi atau x! Huhhuhu. Reserve dulu yang penting, pergi tak pergi belakang cita. Ye x? So jumaat lepas orang jem balik kerja, kami heboh nak keluar dari Seremban. Ngam2 dalam 745pm kami sampai. Alhamdulillah jalan yang kami tuju tak jem. Dari Seremban ke plus highway masuk ke Smart Tunnel, terus ke Park Royal. Kan senang tuh? Sbab tu lah kami berdua ON je nak pergi. Kalau leceh, for sure kami cancel.
PROMO dan hindangan
Chatz Basserie yang terletak di tingkat bawah hotel Park Royal. As usual, any buffet PROMO dari hotel 5 bintang memang kita semua harap maklumlah, ramai yang takkan lepas kan peluang. Lagi2 PROMO ni khas untuk hujung minggu je. Ye hujung minggu. Jumaat malam dan sabtu malam. So warga kl dan warga terdekat. Lets!
Kambing!
Cuisine yang dihidangkan adalah macam2. Ye lah, semua ada. Sushi, indian food, grill, chinese, dimsum, eh semua lah ada. Kalau korang pakar bab2 hotel buffet ni korang tahu la buffet yang paling syiok sekali adalah waktu dinner. Sebab dia serve banyak jenis. And now adalah Promo untuk dinner. Jadi, paham2 aje la sedap ke tidak. Berbaloi ke tidak. Murah ke tidak!
Dessert!
Aku agak kureng sikit dessert kecuali aiskrim la.
Ni yang aku sentap. Umur meningkat ni kurang dah la nak angkut semua benda. Suami ku blasah nasi!
Kalau sapa2 rasa ni banyak, dulu kami melantak lagi banyak dari ni. Tapi sekarang, 1 pinggan je!
Muke ade senyum. Senyum kekenyangan.
Ngam 830pm kami pon menapak ke H&M. Lagi2 H&M kan? Mana lagi aku nak pergi kalau dah Park Royal tuh sbelah pintu je dengan Lot10? Ok2 jom ke Pavilion. Memula fikir cam tak sempat nak berjalan sakan. Lagipon dah pukul berapakan? Tapi bila si suami dah ngajak. Ok jom menapak ke Pavi. Bukan aku ajakkkk.. Tapi dia yang ajakkk.. ~
Ha! Kan dah berkenan. Tatau tatau.. Tangkap!
Pompuan ni kalau berkenan lagi dasyat.
Coral or Meteorite Blue?
Mesti la Meteorite Blue. Sebab belum penah ada beg blue lagik!
Nasib baik ada stock baru! Last piece yg bukan display.
Kesudahannya? Sapa yang salah?! Encik suami yang salah. Aku taknak pergi, dia yang ajak! Ha kan! Bahaya kan? Apakan daya. Tertangkap lagi 1. Selesai tangkap 1 sorang, kami pon belahhh. Sebabnya dah nak tutup pon mase tuh. Nasib baik MBMJ yang paling hampir kt entrance. Kalau lain2? Meraban trip aku esok!
Pulang ke Seremban dengan jaya nya. Alhamdulillah. Tapi yang tak best nya aku dah kene AES. Hampeh! Memang hampeh. Tekejut kalah beruk aku duk ngadap flash dia yang terang babi bute tuh. Aku pon tak pasti lah benda tuh betol2 bagus ke tidak. Utk ku kalau drive slow lagi ngantuk. Lagi bahaya. Bukan laju nak mati pon. Keta pon keta tah apa2 nak racing pejadahnye la hai. Ramai je orang Mesia ni sedar diri cam aku. Slow bikin lembab la. Bertindih2 bus dengan kereta emergency brake. Jalan makin penuh dek kenderaan. Nak suruh bawak slow. Semoga target uols berjaya la govt oi. Aku bukan ngundi pon! Ko saman, aku byr! Ko ask ngundi aku wat pekak. Lalallalalalalala..
PROMO!

Total untuk makan malam kami berdua ialah RM88+. Murahkan?! Sepatutnya seorang RM88+ tapi disebabkan promo tuh, kami dapat la murah. For those yang nak deting2 or hang out dengan BFFs sila lah jangan lepaskan peluang! Kiranya by 1 free 1 la. Bayar untuk seorang je. Memang berbaloi2. Dinner buffet plak tuh. Nowdays dinner buffet di 5star hotel je dah berapa RM 1 kepala? So sila..!
IKLAN!
And kalau nak tau promo2 terkini pasal makan, hotel or apa2 je sila lah ke fb page ku.
Akan ku share pada uols.
Click gambar utk direct ke FB ku.
Tujuan sebenar buat page ni adalah untuk bertanya apa2 je kat aku. Lebih mudah! Tak semua benda and details aku huraikan di n3. Daripada kita berreply2 komen di blog yang kadang2 aku reply dlm masa 2min, kadang 2jam, kadang2 2hari, lembab kan? So kat FB insyaAllah aku akn jawab dengan tuntas dan pantas. Kok iyyo! Kalau sudi.. Sila2kan lah. **jgn lupe tggl kan link korang plak. Bak mai aku link. Leh borak2 pjg.
Sampai rumah terus packing untuk esok hari. Dan2 pakai beg baru yang tak ada dalam list. Nasib ko la beg! Beli2 terus kena bermandi peluh dengan aku nanti. Menyelam sambil minum ayaq 8 malam di sekitar ni jah. 4malam kerja, dan 4malam bercuti. Adios!
**semoga ketemu kembali selepas 8hari.
**semoga ketemu kembali selepas 8hari.
Jaga diri uols.