Meh nak sambung cerita khas makan2 kami 3H2M di Golden Palm Tree tempoh hari. Kalau ada yang tertinggal or ada yang terlintas nak ngintai semula entry 2nd visit kami di GPT tuh mai lawat kat sini dan untuk 1st visited mai clik sini
Malam pertama kami duk pulun makan di Seaview Seafood, yang letaknya betol2 di tengah2 Bagan Lalang tuh. So tiada masalah sukar mencari makanan di BL. Memang banyak kedai dan gerai2 makan yang boleh disantap dengan harga yang 'pelbagai'. Rasa pon boleh la tahannnnn. Diantaranya HM Seafood, RM Serai dan yang paling latest adalah Seaview Seafood. So kalau korang nak tengok celoteh, complain dan pujian aku di kedai2 makan ni sila la klik nama2 kedai yang aku stated kan tuh.
Perahu
Dari 1st visit lagi hubby nak sangat dating kat Perahu nih. Tapi masa kami stay awal tahun dulu Perahu ni tutup sebab apa tah. Aku lupa. Memang tak dan nak pegi. Kami sempat makan di dalam GPT jer, ada la 2-3 restaurant masa tuh. Perahu ni memang sebahagian dari GPT, cuma lokasi dia jer di luar. Fyi, GPT ni ada 5 atau 6 restaurant yang hadoo. Banyak kan? Korang sebut jer lah apa saja, semua ada. Termasuk lah steamboat kesukaan ku. Cuma set dia macam tak berbaloi. Dah tuh hubby plak dari hari tuh nak Perahu, so lets try Perahu. Memang aku tak google pon Perahu ni cemana. Yang aku tahu hubby cakap tempat dia memang betul2 untuk surprise kan aku. Ok aku s u k a !
How to go there.
Dari bilik amik buggy service ke lobby. Dari lobi pulak amik another buggy or van ke Perahu. Kawasan luar dia tak la jauh mana. Tapi walking distance berair gak la ketiak. Ahaks.
Sampai2 je die greet la, membebel sket2 duk cite ape tah aku malas nak dengo. Aku lagi suka cuci mate. Tapi masa ni kami dari awal dah buat reservation dari bilik kami tau. And pilih seat nak yang mana. Tuh semua kerja hubby ku. So for those yang plan nak dating tapi bukan in house guest, sila call GPT dulu and buat reservation yek? Memang dorang welcome orang luar, sebab tuh dia letak Perahu ni luar sikit dari GPT. So orang luar boleh excess tanpa menganggu ketenteraman in house guest.
Selepas kami masuk melalui pintu yang tak berapa nak gerbang tadi. Rupanya2 nya ada 2 lagi restaurant di dalam kawasan nih.
Duk meniti laluan tuh kami pon menjamah mata skali tengok2 restaurant lain. Katanya Stimbot ni full book utk malam ni. Ada comp apa tah buat dinner. Sebaik aku tak mengharap kan stimbot. Kalau tak.. ferust!
Masa lalu awal2 tadi leka lagi lah tengok2 restaurant yang lain, tak la berapa nak excited. Sekali sampai ke sini baru nampak clear laut dengan sunsetnya and aku mula macam kanak2 retarded! C A N T I K nya ya ALLAH. Laki aku lagi sengih sepanjang. Suka dia buat aku terkinja2. Alhamdulillah. Surprise tak hengatttttt.. (Unexpected! Ku ingat kan Perahu ni restaurant ber air cond mcm biasa2 jer)
Korang boleh expect la nape gambo senget2. Excited, bersyukur, gumbira, hiba, terharu, kasih syg, sinetron semua ada. Tapi sempat gak la bergambo untuk tatapan blog aku nih. Sok2 boleh senyum berdua tengok balik, insyaAllah.
Oooo baru aku tau kenapa nak kene set seat. Ade yang luar dan dalam. So nak romantika d amore surely la kat luar kan?
Macamni la ropanya Restaurant Perahu sikit sebanyak yang dapat aku snap kan utk uols. Santai habis!
Kami pilih betul2 meja di tengah2.
Tu dia pandangan resort dari Perahu.
Kebiasaan gmbr kami sorang2, susah berdua sbb mls nk mtk tlg org snap.
Tapi alhamdulillah, ada jer yang rajin snap kan. Tapi biarlah untuk tatapan kami berdua gambar berdua itu :)
MasyaAllah.. Cantik. Nyaman. Alhamdulillah.
Dah puas kami bergambar sakan, baru lah terhegeh2 nak tengok food. Memang lah, mana boleh lepaskan peluang nak tengok sunset tuh. Suka sangat tengok sunset. Tak sure kenapa.. Paling cantikkk! Jom mkn..
Hurmm laki aku memang taknak kalah, di sauk nya lobster paling besar kat dalam tuh. Gasak. Aku plak mencandat sutun untuk dibakar. Tapi aku amik sekor je. Sebabnya sutun dia besaq and nak perabih sekoq ikan lagi.. Syahdu....
Tuhdia si jelita ni dah mai. Sweet sangat.
Cheesy habis! Fresh sangat2!
Lobster bakar with cheese
Siakap Sambal. Pon juicy n fresh.
Sotong Bakar
Pelbagai sos.
Memula ingatkan nak ratah2 jer, tetapi! memandangkan staff2 kat sana rekemen macam2 kami pon apa lagi, selagi idea dia bernas kami pon ye kan je lah. Kami siap amik nasi putih dan sayur campur. Kelakar! Meja kiri kanan semua ala kadar jer food. Ala2 dating. Bercinta la katakan. Kami ni bercinta jugak, tapi havoc dah kahwin ni lain macam. So selamber lah order dah bukan macam candle light dinner. Macam kat kedai tomyam keluarga kami buat. And fyi staff sana sangat friendly and sweet. So kami tak perlu protokol lansung. Enjoy and fun! Alhamdulillah.
Terbenam je matahari, hujan pon mula turun. Kami dipindahkan ke dalam. Ada couple kebal kat luar tuh tak nak beralih. Dia beromantika kat luar tuh dalam hujan renyai. Aku and hubby bantai gelak. Tak seksi lansung. Seksa aku tengok. Tapi berbaloi la. Dia masih mengekalkan kedudukannya sampai kesudah! Mcm2 hal. Dtg dari jauh agaknya. lol.
Magic kan? Settle!
Last kami order dessert. Aku pon lupe apekenama nya nih. Coconut base lah. Oh ya, kami order drinks se jug tea o ais RM10. Berbaloi. And alhamdulillah kat sini tak la mahal mana. Alhamdulillah. Lega gak la aku tengok bill. Tak la juling. Kira kenyang lagi perut aku dari perut cash register tuh la yang pasti.
Lepas kenyang, kami terus beredar ke dalam, maghrib pon dah nak habis. Dating punya pasal plak nanti kan? Sebelum tuh sempat plak hubby jumpa kawan nya di Stimbot tadi. Rupanya comp member dia yang ada dinner kat situ. Sempat berbual2 kejap. Dan chiou. Alhamdulillah
Berapa total yang kami makan ni?
Kali ni tak mau la tunjuk bill. Aku tak sure tunjuk bill tuh perlu ke tak perlu. Cam berlagak tahap cipan pon ada. Tapi cam membantu pon ada. Sbab aku kalau google tak dapat info detail(harga) pon panas jugak hati ni. Tapi apa2 pon aku cuba la mana yang dan yek? OVERALL rasa dia memang 5star. SEDAP. Itu part rasa. Part Serving dia plak dari segala food and air also FRESH gile. 5star jugak. Nasi dia pon beras wangi. And total charge below dari apa aku expect. Aku ingat mahal menggile. Alhamdulillah. sangat sangat sangat murah dari apa yang aku dah balun.
Tempat cantik, selesa, makan sedap sgt2, lobster besar bapak, staff friendly and very helpful, skali bill sampai sebegitu rupa. Memang aku akan ulangi lagi kalau ada rezeki. InsyaAllah.
Sebagai hint : Kami juga ada order Mix Vege pada harga RM8. Dan sotong bakar (spt gambar diatas) berharga RM9 siap masak! Rasanya anda semua dah boleh kira-kira kot berapa total amount yg dikenakan di Perahu ini. Rasanya kailan ikan masin di gerai tak siap sebelah perahu tuh pon dah charge kami RM6. X banyak beza tapi layanan dan tempat nya sangat lah berbeza! Heh
**Nak tahu the total price? Tanya kat https://www.facebook.com/wonderfulretreat :)