
Serius cakap.. Memang tak jadi keje sejak dapat tahu kehilangan mh370 ni. Sangat lah menyayat hati. Aku pon tatau apsal. Sebab aku seorang manusia, salah sorang malaysian, salah sorang pengguna mas, salah sorang pengguna kapal terbang, dan salah sorang kaki jalan mungkin!
Serius cakap, sejak korang travel, brapa kali tragedi menakotkan happened kat korang? Ye kat atas nuh! Mungkin la aku ni penakot kot. Tapi sapa je tak takot? Jalan2 kat atas tuh sebab cuaca x sesuai untuk landing dek hujan lebat, kilat sambung menyambung tgk kat tingkap. Penah jugak aku yg berat ni tergelincir kat seat sebelah sebab kapal terbang menjunam tah kemana dgn kuat sekali. Terhantuk tu tak yah cakap la sebab cuaca dan perjalanan tak lancar. Mahu tak takot? Mahu tak ingat mati? Itu la phobia setiap kali naik dan turun flight. Apa la yang mereka rasa? Siapa2 pon boleh menjadi mangsa. Termasuk kita. Nauzubillahiminzalikh.
Aku betul2 masih mengharapkan ada yang terselamat.. Walaupon!
Tapi sebagai manusia kita tak salah berharap dan berdoa. Selagi tiada khabar selagi tuh kita tak boleh berhenti berharap.

Surah Yasin Ayat 41-43
Hanya padaMU ku bermohon ya ALLAH.
pssssssst : tak payah nak serius sgt layan keledek2 ubi yg sengal menuduh tragedi2 ni berkait dgn politik. Nama pon cetek akal. Apehal la kita yg berakal ni nak layan.. Biarkan. Doa mereka diberi akal yg lebih.