.jpg)
PEEK A BOOO
April lepas kami terbang ke Ganu untuk 8hari. 5hari bekerja, 3h bercuti. Hukhukhukhuk. 1st trip untuk Sarah. Ye manaiki pesawat. Alhamdulillah semua nya terlebih ok. Anak mami good girl. Nasib less then 1 hour kan journey nya. Tak sempat nak takot MH370, takot lagi anak meragam atas nuh. Masa dapat tau nak kena ke Ganu, weeeeeeee suspen. Mana taknya. Bawak baby takot meragam AND 8 hari disana. Bukan senang. Lagi2 Sarah dah start solid food.
Ni nak cite travel ke nak cite sal Sarah nih?!!!
Ok ok ok!
Ke Terengganu lagi. Alhamdulillah takdir ALLAH 2011 pergi ke ganu berdua, 2012 berdua dan ber3 2014. Semua kehendak Allah. Alhamdulillah. Walaupon basically tujuan ke sana lebih kurang sama, bekerja. Tapi persiapan kali ni LAIN. Dah tentu more to anak. Kalau dulu ade buat itenery nak kesana sini. Tapi kali ni nan hadooo.. Kepala ni duk fikir isnin camni, selasa camtu. Smua terselit anak. Bukan la jakun or gayat. Tapi takot dia tak selesa. 1st time kate ko. OK OK OK melarat cita anak lagi. Confuse ini bukan blog sarahainman.blogspot.com ye! Aha
Kami bertolak pada hari ahad dgn menaiki MAS on April hari tu. Alhamdulillah semua ok cuma delay dalam half an hour. Masa ni la ko nak delay. heh. Dah la ngam2 timing anak bole tido. Skali delay. Whateve MAS. Kena la bangun kan dia plak bila kena pasang safety belt untuk baby. Erm.
Sampai sana on hp berderet miscall dari uwan Sarah. Mak aku lettew! Paranoid. Aha. Dah delay tadi lupa nak kasitau dia, so touch down lambat dia dah panic. Dah la hujan lebat kat rumah. Kat ganu kemarau! Bole? Le.
Sampai2 sana kami terus ke Primula Beach Resort di Pantai Batu Burok KT. Ke batu buruk tuh dah berkali. Cuma hotel yang ni 1st time. NOT BAD. Mana lagi hotel yang hadoo di KT ni? Ryaz? Aku ada plan nak extend tapi sila baca trip advisor. Teruk hotel tuh. So kensel dan extend je di Primula. Yek?
Si bed tester. Sengih!
Primula ni kalau tak silap memang hotel otai lah. Dari zaman dahulu kala. So tak banyak benda nak cakap la. Overall ok2 sajok. Bilik, service, makan smua ok2 je. Average. Tak leh nak mintak banyak. Tak le nak expect lebih. Tidak pulak ade yang terok. Cuma kat sini staff ramai yang acik2 melayu. Cleaner dia, housekeeping. Sweet je. Rasa mcm kat rumah plak. Itu la jadi selesa. Mintak 1 dia p bagi 2. Mintak tukar dia p bagi semua. Gitu lah kalau pg tempat melayu. Rasa dirumah.
Not bad kan?
Gerammm je mami tengok pool ni nak. Heee ai!
Gerammm je mami tengok pool ni nak. Heee ai!
Surfing board tu ko nak wat pe tu Jah wehhhh.
Upload gmbr ni kat IG, menderu member tanya 'ko kt ne ni beb?' aha
Upload gmbr ni kat IG, menderu member tanya 'ko kt ne ni beb?' aha
Gini la persekitaran hotelnya.
Tak membosankan. Ada cafe, ada 2 restaurant, ada kedai serbaneka, ada saloon, ada pool ada gym. Boleh tahan an? Ada la pakcik2 habis stylo pegang cigar kat cafe ptg2. Coolio!

Bila petang2 kami mula la mencekik. Sodap wooo.. Lagi2 if ke KT or KB. Memang syiok. Kalau petang2 hotel ade buat makan2. Ah semua hotel ade dak? Bayo je le. Aha. Cuma special nya kali ni KT adalah musim MENCANDAT SOTONG! Ya ampunnnnnnnnnnnnnnn.. Sorga! Sotong sumbat ni serve nya 1 tapi dia pi bagi 3. RM18. Gemuk dan lazat. Last time penah rasa 5-6tahun lepas. Manis nya macam pengat, weeeeeeeeee i kenot sten! Tak suka. Tapi this time hubby suh cuba. Ye sedap! Manis dia bukan manis pengat, tapi manis macam kuah lemak sayur kobis yang putih tuh. Manis lemak. Sodap weh! And dalam tuh ada puluit. Adeh terjuih2 plak masa tulis n3 nih. LAPA! kbye sotong.
Bfast so so. Tak la tempting mana. Cuma confirm ada serve nasi dagang.
Room service cabonara dia sodap gila.
Ni la rope cafe nya. Ni time dinner. Kami ada makan steamboat. RM39 per pax tapi kena atleast min 2pax. So total kami bedua RM78. Sorry tak de gambar. Tak sompek nak tangkap. Sedap! Bukan buffet tapi set. Banyak set dia. Daging, sotong, udang semua ada. Aha
Malam2 siap ada live band Philippines. Khelasss!
Pasar Malam Astaka
Xtvt lain adalah makan makan makan. Mana sangat nak pegi? Kami ke Pasar Malam Astaka ni. Sorga gak. Setiap hari jumaat. Awal lagi kami dah pegi. Takot terlalu ramai. So lets redah.
Berani dia buat ayaq tea, neslo segala ni weh! Sedap gilos. X ke mahal modal dia? Rasa nak buat lobang letak straw besar aku kat situ n stay.
Sian Sarah jumpa pelakon pujaan dia. Belon upin ipin. Keras kejung kaki n meneran2 jerit suka. Beli 1 belom helium ni. RM5. Choi mahal.
Pantai Batu Buruk
Lain2 xtvt, makan lagi.. Kami ke pantai batu buruk utk makan celop tepung ni. Adeh sedap. Sos yang penting. And memang sedap sos manis nya. Harga pon not bad.
Abaikan carrier hadap depan ni. Kalau dgn papanya insyaALLAH confident hadap depan, kalau dgn mami strictly NO. Kena hadap mami.
Nak ke pasar payang? Idok le teman. Dah selalu pi lagipon tak reti lah aku nak menyoping apa haih.
Medan Ikan Bakar Kuala Ibai
Kami ke Kuala Ibai seperti tahun2 lepas. Ada la yang suggest Teluk Ketapang, tapi dah ada anak ni malaih haih nak explore2. Rileks, aku baru intro. Ini pon dah sarat, bagi aku masa sket nak xplore tempat baru, nahhh?
Nak cite sket, last time aku pergi order macam2, ketam ikan sotong berekor2 segala, tomyam, sayur etc RM90. Tapi this time aku amik ikan 1, ketam 1, sotong 1 RM90! MAHAL sudah. Ok2 GST!
Itu je la xtvt sempoi ikot tekak kami 8 hari di KT, lain2 merayau2 biasa.
Muke panas hati kena swimming. Owang dah kate owang takmok. Paksa2 plak. Ahaks
So genap seminggu kami pon pulang. Alhamdulillah 1 pengalaman yang berbaloi walaupon untuk ibu yang baru je menceburi bidang ibu, overall bersyukur yang amat dah.
Luggage beso ni beli di HK utk ke SYD, penyudahnya ke KT kite. lol
Sebab kan 1 kotak, kami kena pulang dgn van ye dr KLIA. Semua jenis kereta tak muat, heh alasan tau! Bole je penyek2 sket masuk.
Sarah anak ku, setakat ini semua transport kamu dah naikkan? Lori je belom. Suka sengih2 anak aku naik van gegar2. Tido dalam pelukan siap. klaka!
Sempat lagik menyibok di charles n keith and MK klia.
Tengah ber n3 sambil bercuti di kotaraya selama 8hari, PITAM. Nanti hari ke 8 check out dan terus kan merayau ke sekitar domestic jah selama 3H, insyaALLAH.
Dah start intai2 airasia.com katekoooooooooooooooooo.. Weee x sabo! Kaki dah lama tak sakit menapak. Kali ni bawak Sarah. Jom travel nak. InsyaALLAH.
HAVE FUN GUYS!