Caaaaaaaaak.. Alhamdulillah selepas beberapa tahun 'mengidam' nak ke CH akhirnya sampai jua. Syukur ya ALLAH. Lepas je course 8 hari di PNB KL hari tuh kami terus check out PNB terlebih awal. Dalam pukol 10am. Breakfast kenyang2 and terus shoot to CH. Alhamdulillah apa yang dirancang semua baik2 belaka. Lepas rawang kot si Manja tidur sampai la dekat nak sampai Tanah Rata. Phew~
Masa kecik memang selalu p sini. Abah memang selalu bwak jalan. Mana la lagi yg menarik zaman dolu2 kalau tak CH, genting, rantau pjg, langkawi, morib, etc. Kan? Masa pregnant nak sangat p. Tapi macam takot2 plak. Lepas tuh dah sarat and beranak meamang tak dan la sebab baby sangat2 lagik. Haaaaaaaaaaaaa this time balas dendam! Syukur ada kesempatan, ada rezeki.
Dari tengah2 kl tuh kami betul2 gerak berjalan tepat pukol 11am. Alhamdulillah tak jem. Banyak kereta je town kl tuh. Amik nkve blakang and terus shoot ke utara. Sampai di tapah dalam 1jam 30min kot. Then layan jalan lama di Tapah sampai la tiba di Tanah Rata. Ye dalam sejam lebih gak melayan jalan melingkar2 tuh. Naik loya. Heh.
Ngam tepat jam 2ptg kami sampai.
Check in macam biasa YTL memang tabik spring.
Cameron Highlands Resort. 16-18/5/2014
Senang je carik. Sekitar Tanah Rata and berhadapan dgn padang golf.
Bila nampak tingkap classic ni aku dah imagine bukan2. Malam nanti ade kelibat lalu la bagai.LOL
Persekitaran nais and bilik pon cantik walaupon lebih kurang je bilik2 YTL ni kan? Cuba carik alternatif lain bleh? Ahaks. Service pon bagus sangat dari hotel2 yang lain cuma service kureng sikit dari YTL2 hotel lain yang aku penah p. Tatau kenapa. Sebab kat sini obvious gila depa lebih kan foreigner. Tak de la nak layanan lelebih tapi cam tah, busuk la. Whatever lah!
Lepas je selesai punggah barang dalam bilik kami pon bersiap untuk merayau. Plus lapo.
Steamboat
Steamboat la weh. Kat CH hujan and agak sangat sejuk jugak lah. Untong la bawak sweater Sarah. Sebab simanja tuh kuat berpeluh tak de maknanya takat pi CH nak kena pakai sweater kan? But alhamdulillah terbawak juga!
Steamboat ni kedai betul2 sebelum CHR dari arah Tanah Rata. Nama dah lupa LOL. Tapi bersambung dgn kedai souvenir. **Matik la bagi landmark tah hape2 sebab steamboat kat sana melambak. Nasib main redah tapi SEDAP. Menciyeh poloh den makan dengan sos yang enak.
Perut dah full menyesal pon tak guna, jom rayau2 sekitar Tanah Rata. Merayau dalam kereta je la tapi. Pemaleh! Lagi pon ada anak kecik lah. Chewah alasan!
Tanah Rata
Ada Starbucks and Marrybrown di pekan koboi Tanah Rata. Style la Starbucks dia. Sebab diapit oleh kedai2 nak roboh. Macam jalan2 Phuket plak rasa. Cool. Dulu jangan kata Starbucks, apa pon xde. Sedih. And now ada lah dah Maybank etc. Boleh la carik apa2 tuh kalau emergency. Tak la menganga kan!
Dah jalan2 ala kadar jom balik berehat dulu. Malam jom keluar ke Pasar Malam Brinchang.
Pasar Malam Brinchang.
Hanya Jumaat dan Sabtu malam shj
Hujan baru brenti. Sejuk! So beli cap ni untuk Sarah RM6. Ade tulis CH. ok la dak?
Ayam whole leg 3 RM10. Murah poik. Besar gak.
Souvenir pon murah2
Pasar Malam Brinchang ni hanya ada pada malam minggu iaitu jumaat malam dan sabtu malam sahaja. Kat Brinchang la kan kat mana lagi. Lokasi nya ko jalan je la dari Tanah Rata naik Brinchang tu nanti jumpa la. Happening gila. Segala benda ada jual. Dari ujung rambut hingga hujung kaki. Da tuh penjual dia bangla and perempuan indon yang tudung litup. Hamboih. Ini aku dimana? Lepas tuh most pakai sweater. Sejuk tka hengat.
TIPS: Untuk yang nak beli souvenir most semua ada disini. Dari bantal stoberi yang selalu manusia letak kat cermin blakang kerete. AKU TAK PAHAM SIOT kenapa kena letak centu banyak2. Ko tak rimas ke? Ok back to tips:- Sini semua ada, dan murah2 jugak. Tak perlu bargain sangat sebab kalau rasa mahal p stall lain sure ada yang ko carik n bajet. Alhamdulillah aku dapat apa yang aku target dgn bajet nya sekali.
Apa yang aku beli? Bantal2. Keychain untuk budak2 skolah. Pensil. Selipar dalam rumah. And also baju rm5 untuk budak2. Semua berunsur kan CH or stoberi. Dah p CH p beli souvenir doraemon cam tak kena kan?. Alhamdulillah semua murah2 lah. Bole la beli.
Balik dari Pasar Malam Brinchang jom jalan2 Resort. Aku tak sure apsal hotel ni ada nama Resort dibelakang. Sedangkan dia sempoi je pon. Huhuhuhu.
Dah merayau. Jom masuk bilik. Kami hanya tapau food dari Pasar Malam. Ye bawak masuk YTL ni selamber badak je. Lantak laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah. Aku suka food pasar malam. Takkan depa nak halau. Aku malu? No lah. Pasar Malam lah fave gue makan2!
17/05/2014
Bangun pagi macam biasa. Jom breakfast.
Dobot ni memang aku biasa kan bangun je terus mandi. Sebab dah makan and susu segala dia tido balik. So aku nak dia tido lena. Kalau tak mandi confirm tido tak lama. Aku follow dia je.
Macam Majestic Melaka jugak, bfast dia bukan buffet. Jenis yang ko order ikot menu ni apa ko nak. Ikot suka ko nak berapa pinggan pon. Fresh dari oven. I loike.
Noodle of the day. Tak sodap. Xtau apa rasa. Ahaks. Japanese katenyeh.
Lemak berkrim kan? Gambar last ni gambar breakfast next day nye. So aku letak la sekali eh? 3 pinggan sebab 1 tuh Sarah punya. OKTIPU!
Sarah makan apa? Sarah aku bawak babycook yang siap boleh tanak nasik segala and blend. Dont worry Sarah makan minum dia leceh cemana trip kami pon tetap berjaga. No msg, no garam, no gula! Xkan sebab nak berjalan aku sental smua benda bagi dia. NO NO NO!
Lepas breakfast, tido kan Sarah and kami laki bini bercanda sambil choose tempat mana nak p mana tak perlu p. Bila Sarah bangun je lets.
Big Red Strawbery Farm
Aku penggila makan sayur! Aku tak kesah hari2 makan sayur. Lagi2 bab2 salad ni. Aku masuk sini kaget semacam. Rasa nak bawak tozen island dalam pocket buat cecah. Cantik laa haiiiiii subhanAllah.
Untuk stoberi bole petik sendiri. Banyak je farm menawarkan petik2 sendiri ni. Sayur pon. Tapi mostly aku tgk farm banyak menawarkan petik sendiri stoberi. Sayur ada nampak tapi jarang2.
Untuk big red farm ni bayaran minimum RM28 untuk 1 bekas. Bekas tu ada sukat2 dia. Dia ask minimum means kena lebih dari sukat tuh. Akal die nak pancing duit kan? Whatver! Janji nak experience fefeling ade farm. Aku plak petik betul2 kat sukatan tu. Total aku kne RM25 kot lepas timbang. Kekekekeke.
'Mari mami mari sini'

Big Red Farm ni adalah serve FnB skali. Segala makanan yang base stoberi depa juai. Aku tak layan. Layan mate je. Stoberi mesia bukan sedap. Masam la weh. X kose aku. Beli ni pon sbb nak rasa petik. Ahaks
Dah memetik kami pon gerak dari situ. Syiok gak la jadi gayat2 asli dapat petik. Lepas tuh target nak p Boh di Brinchang ateh nuh.
Sekitar jalan Tanah Rata ke Brinchang memang tak bosan mate ni memandang. Ada macam2 farm. Ada cactus, rama2, bee, museum tunnel, gerai2 jualan, sayur2 or farm strawberi yang lain bersepah sepanjang jalan. So choose sajo mana nak. Tak perlu carik sgt sebab kiri kanan tuh ada. Cuma big red ni agak terpencil tempat nya, laki aku kata dia google ini famous so ini la dia. Jauh ke atas nak masuk. Memang tinggi melangit tempat dia and besar serta parkir lot besar2 n byk. Beza dgn farm lain yg aku nampak kawasan tinggi tapi kecik2. Rimas plak nak mendaki kaki kan.
Boh Plantation Sungei Palas
05 496 2096
Berdekatan dengan hotel equatorial and bee farm.
Naik atas tuh gigih gila. Sebab jalan yang gila kecik and 1 lane shj. So kalau selisih pandai2 la keluarkan skill menyelit sebab semua celah2 gaung. Xde divider. Hujan plak tuh. Gigih punya gigih sampai2 je tutup. NAK JUGAK LETAK DALAM N3 yang membuktikan aku p kan? Gile x letak? Aku p CH ni slh 1 sebab ini lah. Sokali tutup. Apo raso? Raso nak pelangkong jo. Hari sabtu dia p tutup. Sakit jiwa! Dah la nak gi sana berlapis2 kereta. Semua tertipu. Atleast boleh tak kat bawah tuh tampal CLOSED untuk kesenangan orang ramai?????????? Tak perlu lah kena naik selisih and hampa. Kurang asam sangat rasanya. Dah la tgh lapa. Ingat nak makan sini. Heee jem! Kesudahan kami makan di gerai di Brinchang. Orang punya ramai.
Brinchang
Di Brinchang ni gerai2 sayur dan buah2an memang otai la kan? Dari aku kecik situ la tarikan hangat. Aku tak sempat nak bergambar sebab hubby tunngu dalam kereta dgn Sarah, aku run jap beli sayur mayur untuk orang di rumah sebab n hujan. Ok la harga not bad. And again harga ada pelbagai jenis. Tak perlu nego, klu mahal jgn beli, jalan depan sikit ada je harga yang masuk akal. Aku beli 8 packet sayor bole campur2 RM10. Ada yang RM10 tapi 4 packet. Terpulang la ikot kedai, ikot suka. Padahal sama je benda nya. Geram aku tgk kailann. Banyak aku borong. Termasuk lah jagung madu! Berlonggok2. Penuh kereta.
Dah beli smua yang hajat dihati jom pulang bilik. Sarah nak tido.
Gambar dari balconi bilik kami di petang hari. Sejuk weih. Padahal petang tuh. Naisssssss.
Malam lagi sekali kami keluar ke Pasar Malam Brinchang untuk shopping last apa yang terlepas.
Next day kami check out macam biasa. Jalan jem gila. Kami tak turun tanah rata or tapah kami naik ke simpang pulai. Senonoh sikit jalan nya. Tapi jem saja di Brinchang dah makan 2jam. Arghhh..! Brenti di R&R Tapah adalah 1 kemestian kan? Shopping limau bali untuk mak. So semoga berjumpa lagik CH.
Overall puas ati. Nak naik balik? Makan tahun lah kot. Dah dapat p setelah bbrapa tahun x p p.. Next destination? InsyaAllah next week.