
Punya la jauh aku berjalan. Mulanya nak bawak mak ke Melaka Asam Pedas Claypot tah cemana bleh sampai ke sini kami berjalan. Bak kata mak, daripada merayau semata2 nak makan asam pedas, baik pegi rumah Kak Lang di Puncak Alam. So kami laki bini ni sah2 la ON jer kan kalau tak ada aral melintang. Mak pon dah lama tak ke rumah Kak Lang. So lets. Dengan hujan lebat kami ber3 ke arah Bukit Jelutong.
Alhamdulillah sampai2 jer Kak Lang ada. Nasib baik kan? Konon nak buat surprise. Dah la aku laki bini tak tapau baju. Kamikaze je kami kecuali mak, sebab masa buat keputusan nak bermalam di rumah Kak Lang kami berada di rumah mak, bukan di rumah aku. So selamber selai sepinggang. Bagus kan? Ye lah plan nak p Melaka balik hari. Sekali ke lain plak.
Sampai2 jer minum petang. Sambil2 tuh mula la aku plan nak ke Setia City Mall, semata2 nak ke H&M nya. Dengan alasan nak shopping baju. Ahaks. Gemar bena laaaaaaaaaaa aku kat h&m tuh. Mane tidak nye. Murah!!!! And dah tentu la ade +H&M. So Kak Lang ON jer. Cantekkkkkkkkkkk!~
![]()
![]()
Lepas maghrib kami gerak. Tak la jauh mana, +/- ada la 20min kot. Tak jem. I loike. Sampai2 je parking susah! Tapi kami laki bini tak suka carik parking, kami lebih suka menunggu utk dapat kan parking, lagi2 yang depan2 pintu masuk tuh. Memang istilah menunggu, agak membosankan. Tapi mcm biasa, selepas beberapa minit BERBALOI.
![]()
Sampai2 je kami tangkap H&M. Tak la banyak mana. Ada la 2-3 helai yang berkenan. Besar jugak H&M sana. Tak la sampai bertingkat, tapi melaut la sampai ke belakang2 tuh. Sempat la tangkap slim fit untuk laki ku jugek. Tapi mcm biasa lah, counter panjang menggile!
![]()
Ni 1st time kami makan di Seoul Garden Setia City Mall. Sebelum2 ni makan di branch2 yang lain. Memang berbeza lah. Dulu kami duk puji service di 1Utama bagus dan makanan nya banyak berbanding di Seoul Garden yang lain. Tapi die Setia City Mall ni lagi banyak pilihan dan service sangat bagus. Mungkin kah sebab baru??? We'll see!
Macam bagus je Sikecil tuh kan pegang gelas dengan jari2 nya naik. Bukan makan sangat pon tuh. Walaupon kids sepatutnya di charge RM20++ tapi alhamdulillah rejki ini budak kicik hari ni, FREE! Huhuhuhu.
Macam biasa lah, charges untuk adults RM47++ (dinner) and untuk senior citizen dalam RM25 kot. Sila check websitenya ye? Lain branch lain harga if tah silap. And alhamdulillah, aku member and dapat 10% discount.
Kegilaan kami anak beranak is Kambing!
Go baby go! Oh ya, bro in law ku tak ikot, ada hal with my nephew.
Alhamdulillah kenyang.
Disebabkan malam masa amat pendek, kami tak sempat nak pusing2 sangat, dalam H&M je dah berapa lama kan? So lepas makan menuju ke parking sempat la kami cuci2 mata. Eh saya suka la Setia City Mall, banyak boutique2(kedai2). Itu belum sempat naik ke floor atas tuh. Yang mana dan je kami pergi. Tapi ada la beberapa boutique kegemaran ku. S U K E. Jom balik, solat dan zzz...
next day..
Seperti yang dijanjikan, next morning kami sarapan nasi lemak bibik and bersiap ke Ikea. Jangan tak percaya, pukul 10am kami dah terpacak di Ikea. Kak Lang memang macam ni la. Dia suke pergi time orang tak ramai. Tapi hari tu awal2 pon orang dah mula ramai, parking pon agak sukar, tak mcm dolu2. Pegi kol 11am hari minggu pon masih kosong parkir nya. Cerita 2-3tahun lepas la tapi. So dengan kegigihan yang ada, kami shop dengan jayanya.
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
N Y A W A
Mak ber wchair bukan sebab mak tak boleh jalan, tapi masa bulan puasa tempoh hari mak jatuh dan patah tulang pinggul, alhamdulillah now dah elok selepas beberapa bulan ber corset. Until now masih ber corset. Cuma Ikea tuh kan besar, mak pon baru nak berjalan keluar semula selepas beberapa bulan bedrest, walaupon dah sihat (alhamdulillah) kami tak berani nak amik risiko dan biarkan mak lenguh2 berjalan. Alhamdulillah, di umur 65 masih boleh drive laju ke mana2. Semoga mak panjang umur mak. We love you! ;')
Penat berjalan, p bayar and jom makan. Lapo!
Kak Lang.
Kak Lang with anak2.
Mengumpat meja sebelah. Ahaks.
Lepas kenyang memang target nak ke Aussino kalau ke Ikano(IPC) nih. Sekali pegi ade plak SALE. Berantu la gak.. Moh
Abaikan muke spetlelet aku tuh, akibat suke kamikaze ke mane2 selai sepinggang mcm tu la jadinya. Apa pon tak bwk. Penyudahnya aku bersanggul bodo. Mcm pergi kedai Ah Seng. Fedulikkkkss.
Tengok mata mak. Bikin pusing bila bedsheet Aussino king size bleh jadi RM50. Waduh!!~
(mak masih ber corset)
(mak masih ber corset)
Dah tu ke Crocs plak since Crocs Olivia mak sekarang ni dah kematu, so tengok la lurus jari mak menunjuk mana yang dia nak. Hah hambekk! Ikot suko la mak. Pada aku plak crocs dah lama berlalu. Mungkin sebab aku berat dan lasak, x sampai setahun tapak dah licin. Membahayakan diri ku. Tapi sayang. Ada banyak!
Selesai semua kami pon pulang ke Seremban dengan jaya nya. Alhamdulillah. Kesian abah tinggal Seremban dengan bibik. Jarang sekali abah di tinggalkan. Tapi shekali2 terpaksa. Sebab dia dah tak larat nak ikot. Btw kami terpacak di Ikea dari pukol 10am dan kami keluar dari parking pukul 5:30PM. Sakan kan? Nak buat camne, keturunan kaki jalan. Tu belum bawak uwan(nenek) lagi tuh. Huhuhuhu. Kak Lang plak hubby dia jepot di Ikea, so tak perlu lah kami ke rumah dia lagi. Terus pulang Seremban.
Tak la banyak shopping. Sauk barang2 murah jer. Misi utama nya nak bwk mak jalan2 makan angin.
SEKIAN.