Entry ni adalah entry sambungan kami dari Macau ke Hong Kong. Kalau2 terlepas entry Macau, boleh jenguk
Secara ringkas trip ni memang kami rancang last year. November last year. Dah tentu la Promo. Air asia buat promo anniversary depa yang ke 11th. So fare start pon 11cents. Masa tuh aku di Terengganu Tg Jara bekerja sambil bercuti sambil2 menyelam. Huhuhuhu sempat purchase 4tix malam tuh. Alhamdulillah HK and Macau trip ni selamat pergi dan pulang. March, April and June tak sure lepas ke tak. Berserah..
Alhamdulillah rezeki kami dapat murah.
. Mana nak cekau HK harga macam tuh? Masa nak book tu plak kami tak fikir panjang, yang penting kami nak berjalan. Dah 5mths masa tuh tak ke luar negara. Chewah! Macam la selalu pergi! Huhuhuhu. Dapat plak ke HK murah! Zass sajo! Dah la tuh travel dalam masa sebulan dua je dari date kami purchase. Memang syiok la. Aku tak bole tunggu lama2 nih. Dah kahwin ni payah nak plan if travel date jauh2. So erti kata memang promo ni sangat berbaloi!
Mari nak sambung cite! Dari coitajet yang stop kat Island tuh kami amik MTR untuk ke TST. Hotel kami di TST. Macam aku ckp,
Alhamdulillah. Tak sesat barat, tak memenatkan. Last time kat Spore pon aku rasa MTR nye penat. Walaupon jauuuh mudah dari Malaysia, tapi Spore masih ada rasa menyusahkan! TAPI hongkong ni lansung tak susah!
MTR map.
(ada 3 pulau di HK. So sila rancang perjalanan anda. Semua ada kelebihan n spot yang menarik.)
Macam dalam gambar atas ni, kami dah sampai di TST, tapi tak tahu Exit mana. Since kawasan TST aka Kowloon tuh bapak besar! So jgn risau,
. Macam kami, kami carik
Wah! I like! Dah la cuaca sejuk, kiri kanan shopping spot, orang ramai gila pon tak jadi masalah. Sebab tak menyusahkan.
Aku jakun! Kalau la orang ramai, panas, semak, tak efficient, MEMANG HATI PANAS kan? No no no! HK tak mcm tuh.
Overall ok la. Kami penah stay lagi teruk dari ini kot before, alhamdulillah. Yang penting mana2
Hehehehehe.
Dah la kat HK ni air mahal. Tapi tak pa lah. Kami beli je di 7E. Huhuhuhu. Yang penting bilik kami di bersihkan hari2. Cukop!
Sampai2 kami berehat jap and start keluar jalan2. Kami saje jenguk2 Cameron Rd and TST. So lets carik makan dan ke Avenue of Star.
Gambar ni di ambil dari Exit B2 TST Mtr Station, sebelah The Body Shop tuh je Benito Hotel.
Cameron Rd, Tst, Kowloon.
Aku sempat ke Mark n Spencer je beli baju bajan. Hahahhahahhaa. Kat atas ni dok aih. Tak cukop uang.
On the way kami merayau2 tuh, and menuju ke Avenue Of Stars kami pon jumpa la Chungking Mansions ni. Memang kat sini ramai la African, Pakistan, Bangla(kot), and segala kulit gelap yang muslim. Kami pon masuk and tengok2. Memang ramai dorang meniaga disini. Bukan kedai makan je, siap jual baju2, hp, simkad etc. Haih depa ni kat Thai pon depa ada, kat sini pon depa berleluasan. Hebat gak kan?
Dah 2 hari dah aku blasah megi and indian muslim food. Perut ni dah meronta2 dah kepedihan spices depa ni. Tapi nak wat lagu mana? Telan je la asal HALAL. Nuh tengok siap ada bendera Malaysia. Bos nya orang Malaysia katenye.. Kami makan nasi beriani 2, extra kari kambing semangkuk. Overall total kami makan dalam RM50. Cheaper la kat sini. Tengok tempat cemanalah.
Kenyang perut, jom sambung jalan...
Amacam? Mudah tak direction kat atas ni?? Subway to access sebab memang kena cross jalan besar yang busy. Tak yang susah2 cross jalan, masuk je subway tuh and dalam tuh siap ada macam2 exit lagi. Tengok je Exit J, J1, J2, J3 and J4. Siap ada Sogo. And Sogo sini bukan macam Sogo kat KL. Oh tidak! I love HK. Berbual2 laki bini dalam tuh alih2 dah sampai je. Tak susah lansung. Alhamdulillah.
Taraaaaaaaaaaaaa!
Kami sampai awal. Saje memang plan mai awal, sebab HK petang je dah naik gelap. Dah la hari 1st kan so to be save kami prepare la awal2 sampai sini. Sampai2 plak ade tempat2 duduk. Kami duduk kat situ sampai malam.
Senja di Avenue Of Stars.
Orang kata kat sini tak da apa sangat. Aku plak kata kat sini best, tak tau kenapa aku suka sangat santai kat sini. Kalau datang jenguk n bla mungkin la boring. Tapi bila duduk and chitchat dgn suami sampai kaki naik2 kosi memang nyaman. Nak lagi nyaman bile seluruh kawasan ni ada FREE WIFI. Huhuhu. Depan mata terbentang luas HK Island, dengan building tersergam indah. Dingin plak lagi. Mau tak rasa kagum and peaceful? Macam2 kapal lalu depan mata. Tepi laut la kekdahnya. Aku kan suka laut! Tapi kena la carik port duduk yang baek baru dapat feel apa yang kami feel. Huhu.
Sehingga lah di Play kan Symphony of Lights, kami pon chow. Tak de apa pon yang itu. Laser2 di building tuh and sambil2 dia bercerita building2 tu apa n bila ditubuhkan kalau tak silap. Waktu ni aku dah boring. LOL. Dalam seminit dua kami pon pulang chow pi makan di sekitar TST, nasi beriani lagik. Adoi. Pahit tekak aku ni dah ha and zzzzz!
Day 3Ma's Restaurant HALAL - MTR Edward PrinceCitygate - (Lantau Island)Cable Car - (Lantau Island)Disneyland - MTR Sunny Bay(Lantau Island)
Disebabkan kami ni tak berapa nak sihat, kami plan pon ikot suka hati. Bangun pagi makan ubat (bfast roti dan kaya dibawa dari Msia) dan tido balik. Dalam tengahri baru kami bangun and bersiap untuk ke destinasi seterusnya!
Memang plan akan menghabiskan masa kami dari petang ke malam di Disneyland. So tak de la nak kejar apa sangat. Lagi2 kami tak nak pon main game2 kat sana. Cuma nak masuk sebab kan character2 favorite ku masa kecik2! Excited menggile yawls!
Kalau korang nak tau, Disneyland, citygates and Ngong Ping cable car ni 1 jalan je if naik MTR, Lantau Island! Kawasan dia agak la jin bertendang. Nun jauh disana. Termasuk la sekali dengan HK Int Airport pon di Lantau Island. Memang kalau tengok pon dorang memang plan tempat2 yang luas macam ni dorang letak kan 1 tempat. So disebabkan tempat ni jin bertendang, aku buat semua ni dalam 1 hari.
Plus aku belum ada baby so tak la perlu terpacak n menghabiskan masa the whole day kat Disneyland. Ye dak? Chill2 sudeh. Tak de nak kejar apa. Nak beli barang je yang melampau2 rasanya. Ahaks.
(siap pesan kat perut sblm keluar bilik, if nak poo baik poo sekarang. Kat luar nanti jgn mengada nak poo ye? tunggu balik hotel dlu) Sebab kat sana lobang paip dlm toilet tuh tak ada lansung. Kat lain2 tempat yang aku penah pergi sebelum ni ade la bidet tuh jugak kan mcm sesetengah yang ada kat Msia nih. Alhamdulillah. Perot ku sekolah! Sampai kesudah dia meminta hanya sudah sampai di Hotel je. Huhuhuhu)
Ma's RestaurantDari TST sila stop di perhentian Edward Prince.
Ni hubby yang duk google malam tadi kat hotel. Die kesian tgk bini dia asik la makan nasi beriani. Bukan la tak bersyukur. Tapi ada sebab sebetul2nya yang perlu dielakkan. Doctor tak bagi makan pedas2 or panas2. Nanti ada masa, ada rejki aku kongsi kan bersama apa sebenar yang terjadi. InsyaAllah.
Kat sini banyak gile cert halal dia, and komuniti2 brochure yang depa lekat kat window2 nuh. Alhamdulillah aku takda was2. Selesai makan kami pon chiow. Not bad. Cuma tak berapa kick la. Huhuhuhu. Tapi laju je masuk kat tekak aku ni, sebab aku memang suke sangat chinese food! Belasah berkilo2.
Selesai makan, jom teruskan perjalanan. Ke MTR semula..
Citygate OutletsDari Edward Prince Mtr kami ke Central station dan menuju ke Lantau Island
(kalau dalam map MTR color kuning)Nike, Adidas, Quicksilver, Burberry, Coach, Furla, Timberland, A|X, Emporio, Tommy, Polo RL, Evita Peroni etc.
Kat sini masa aku google dari rumah lagi, brand dia tak la memberansangkan sangat pada aku. Laki aku lagi la tak minat sangat nak servay2 brand ni dari rumah segala. Semua nya depends on aku. Dia follow je. Walaupon tak memberansangkan aku tapi aku ada target dalam 2-3 butik untuk laki aku nye tshirt, jeans and kasot. Also Quicksilver n Roxy untuk anak buah aku. So memang menjadik jugak la kami kat situ. Ada la dalam sejam lebih kot. Laki aku plak last minutes OVER. Bantai la yang. Aku tolong komen je mane cantik mana tidak. Huhuhuhuhu.
HK Ngong Ping 360pic: google
Dalam plan memang kami nak naik natang ni.
Dia betul2 bersebelahan Citygate, beberapa tapak je, so station MTR memang sama dengan citygates. Bila fikir balik keadaan aku yang macam ni, kami jenguk je dari jauh. Nak naik ke tak? Naik ke tak? Hahhahahhaa.. Kalau rentong hati berani je aku. Tapi last minutes macam ni, kami decide untuk tidak naik. Demi keselamatan bersama.
Sapa2 yang berminat nak naik mai ikot plan aku.. Nak naik korang amik cable car yang crystal tuh, which is bawah dia transparent, nampak bawah terus! Biar thrill time nak naik. And turun nanti korang amik cable car biasa. Yang tak nampak bawah, x la gayat sangat nanti. Masa mula2 tak pa. Jangan time nak turun.
Harga tix pon berbeza. Crystal lagi mahal. Ada dalam RM70-RM90 1 way. So sila google.
Nasib tak beli on9 tix! Kalau tak membazir! Oh ya destinasi cable car ni menghala ke patung budha depa kat atas tuh. Kalau tak nak tengok patong tuh tapi nak merasa naik cable car je pon dah ok.
Disneyland
Disneyland ni kena amik MTR lain tapi dunt worry! MTR dia sama je 1 jalan Lantau Island tapi ade la 1 perhentian ni kena stop, Sunny Bay. Padahal bole je terus tapi dorang nak bagi glamour and amik feel Disneyland kot. So kena stop kat Sunny Bay n amik train khas ke Disneyland.
Feel habis kan? Train pon dah comel macam ni. Seat dia selesa gaban! Rileks taknak turun pls!
Dalam beberapa minit, kami pon sampai..
Ticket ; kami beli je kat sana. Walk In. HKD399
Shopping beg bole dibawa masuk. Cuma makanan je tak boleh. Dia check. Tapi kalau pandai bwk je mee/nasi goreng etc masuk dalam plastik bodo n masuk dalam poket seluar. Kalau aku beranak aku gigih je. Huhuhu.
Masa ni dah masuk. Tapi belum betul2 kat dalam lagi. Memang teruja habis lah. Zaman aku membesar kot Disney cartoon ni. Tak yah tunggu anak, mummy jakun 1st please. If ada anak malu jer. Huhuhuh.
Masuk2 je show ni baru start(3pm). Bekejar aku n laki masuk ke tengah and amik port. Haaaa sronok gila tengok tinker bell, cinderella, chipmunks segala depan mata. Hilang kawalan sebentar. JAKUN habis. Nak nangis! Banyak kot video2 tape bapak aku beli kan untuk aku dolu2. lol. Tapi memang aku tengok orang tua je yang hilang kawalan. Bukan budak2. Hahahahha. Eh live depan mata. Sapa tak excited. Lucky plak aku masuk2 dapat join this crowd. Retarded sebentar. *pengsan
Dah penat cuci mata, kami berehat di krosi2 tersadai kat dalam tuh. Duk cuci mata tengok budak2 main ride. Seronok dorang. Stroller pon kat sini mudah dapat. Kebanyakannya memula amik stroller p letak barang2 shop parents. Bila dah nak malam sket, anak2 berebut berjimpit nak duduk. Yer la dah penat. Awal2 eksen takmo.
Time ni la yang paling aku suka. Shopping! Sakan shopping. Beli baju beberapa pasang for us. Cenderahati untuk families. And sudah semestinya FM lah kan? Harga macam biasa lah, harga dalam Parkson kita. Disney brand. Tak la mahal menggila. Kalau berkira sangat and cakap teddy bear sederhana Disney brand RM70 MAHAL, baik duduk Malaysia p funfair yek? Bukan berlagak!! Tapi depends la pada FAKTA. Jangan la nonsense. Patung tak de brand kat the store pon RM39+ nowdays. Ye dak? Tapi sebetul2nya kalau beli biar lah berbaloi. Walaupon kami rasa tak berapa mahal, tapi kami tak beli pon. Nak buat apa? Bukan ada baby pon. Cuma baju2 and souvenir je kami menggila.
Mickey waffle!
Tak tau halal ke tak. Tak beli.
Everything kat dalam ni semua in Mickey shape. Comel tangat2. Gewam! Kalau ada rezeki ada baby, i will datang balik forsure, insyaALLAH! Cepat baby come from Syurga, teman mummy n daddy :)
Dah penat melalut dah tentu la lapa. Last makan tengahari tadi kot. Petang semua berbekalkan air and chocolate bar je. So memang kami google ramai kata kat
Adventureland ada serve HALAL. Alhamdulillah, ada! Aku pilih ayam ginger and laki aku pilih apa tah tapi pedas, base nya sama je. Huhuhuhu. Air plak mineral water. Macam biasa, makan berdua macam ni RM100.
Ok ini mahal. Tapi dah prepare la budget dari Malaysia lagik. Tak la terkejut.
Kalau uols ada kesempatan, tunggu la sehingga
pukul 8malam. Ada 'kembang api' yang super cantik n melalaikan. Ahaks. Siap play with song and character cartoon laser, sooooooooooooooooooooo FUN! Tak berkelip gue. Meremang2 bulu roma suke ku. Sapa2 yang dibesarkan dgn characters2 ni bole feel aku kot. Thanks hubby for bring me here! Dah la cuaca syiok!
Kami dah plan. Amik masa dalam 10minit jer then chiow. Manusia sangat sangat ramai. Tengah2 semua stim tengok show kami pon chiow melangkah pulang. Owwwwwwww sakit nya kaki. Penat weh berjalan. I need my Fitflop! Haih. Alhamdulillah, sepantas kilat kami chiow dengan selamatnya.
**tapi ada berita buruk bila Octopus kad kami 1 hilang, ermmmm merugikan. Beli le 1 lagi. What to do! Rezeki tiada disitu. Takpe la.Pulang ke TST ingat dah longlai sakai dah. Sekali rajin plak nak stop kat mark n spencer tepi2 jalan TST. Ahaks. Shopping! And balik zzzzzz!
Penat dan puas. Alhamdulillah
Day 4Islamic Centre Canteen - MTR Wan Chai
HK Island - Hard Rock Cafe, H&M, M&S, Gap etc
The Peak Tram
The Peak Sky Pass
Hard Rock Cafe The Peak
Madame Tussauds
Macam biasa kami bangun ikot suka hati. Hari ni sebenarnya memang plan kami leisure habis. Tak de ape2 sangat yang nak dikejar. Kami more to cuci mata and shopping. Tak la shopping sakan. Kalau ada dalam kemampuan, gitu! So we start with MAKAN!
Islamic Centre Canteen
Dari TST kami ke Wan Chai MTR, dari Wan Chai station kami amik cab, tapi sebenarnya boleh jer jalan kaki tapi kami malas nak fikir. Amik cab within 10mins sampai. HKD23. Tak mahal. Dalam RM7 kot. Ce convert sendiri la dey!
TINGKAT 5. Memang fabulos, fantabulos, mabulos segala lah menu kat sini. SEDAP mak oi! Kate aku la ye? Tatau la kate korang. Memang meletops! Dah beberapa hari ni tak makan sedap kat tekak. Sekali dapat sini memang my taste. TEPAT! Alhamdulillah. Kat sini murah sikit makan dari restoran yang lain2 yang aku ada pegi, food aku amik banyak gile. Nasi goreng dia pon portion sgt besar and kami amik sorang 1. Sayur L size, ayam tu half ekor ye? Memang sedap sangat2! Dimsum tuh kami amik 4. TOTAL dalam RM100. Murah la kan berpinggan2 with air RM100. Kalau tak tuh 2 pinggan je dgn air RM100 :( SEDIH!
**dimsum serve sampai pukul 3pm je! so kalau nak merasa dimsum yang maha sedap, sila cepat! sedap n besar2.
Kat sini jugak kami 1 meja dgn orang kita. 3 dara pingitan. Cam biasa la memula senyum2. Lepas tuh kami bertegur. Dah 1 meja kan? Nice la. Ramai org kata kalau jumpa orang Msia kat HK ni ramai yang sombong2. Aku pon tak sure sombong tuh cemana. Normal la kot kalau terpandang buat2 tak tahu 1st. Tak kan nak hai hai hai hai kat smua orang? Sakit ke apa?! Huhuhuhu. Kena la slowly and depends on situations. Takkan berselisih bahu je org tak tegur kita terus nak claim org tuh sombong. Lagi2 aku free hair. Dorang bukan boleh cam aku ni orang mana. Even yang pakai tudung pon kadang2 ramai Indonesian. Normal la. Jgn judge orang awal sgt :)
Lepas makan kami mintak diri dulu.. Amik cab diluar canteen je.
Hard Rock Cafe Lan Kwai Fong
and shopping mall nearby.
Dari canteen nak ke LKF ni amik masa dalam 15minit, so kami senang cita amik cab sajo. Pon murah gak. Dalam beberapa ringgit kita je. Huhuhuhu. Kan senang. Taxi murah, MTR plak efficient. Eh nak duduk HK lah. Huhuhuhuh kok larat la. Eh dia bagi BR1M kat semua penduduk dia 6k per year tau? LISTEN!! kalau tak silap la
Kan aku dah kate, laki aku yang sakan. H&M dia, Gap pon dia. Tak la murah sangat. Tapi macam H&M some item cantik dipandang, beli je la. Kat Msia tak nampak plak colour tuh. But macam Gap sebijik slim fit jeans merah RM269 kat Msia. Kat sana benda sama RM179 lepas convert. Murah jugak la pon.
Semua brand winter collection dia buat aku GILA! Cantik2. Next winter holiday kita nak kemana yunk? Aha. Nak la snow! Wah tinggi nau cita2. Mahei! Naik sket dari HK maybe? InsyaALLAH(jika diizinkan ALLAH)
Ini la dia sekitar Island. Pusing2 situ jerh dah banyak benda yang bole dicucikan mata ni. Huhu. Kat situ jugak ada signboard ke Peak Tram. So lets.
Peak Tram
Ticket ; HKD 130 for 2pax (return tram and skypass)
Masa kat bawah ni punya la ramai manusia. Lama kena beratur. Ada la 45min kot. Dengan menapak dari tadi nak ke sini. Mak ai. Rasa nak menangis. Sebab dia bukit bukau. Sian aku menapak. X pasal2 huhuhuhu.
Kalau tau jauh camtu mau aku naik taxi jer dr bawah. Tapi dah beli ticket baru nampak cemana ramai yang masih menunggu kat dalam tuh. So akur je la. Selit2 nyandar kat hubby. LOVE u more sayang. Semangat dia la buat aku selalu hilang penat. Syukur. Erm keadaan aku ni je buat aku lemah. Selalu ok je. Tapi insyaALLAH hanya bersifat sementara. AMIN.
So kalau sapa2 nak rasa naik tram ni sila la beli tix dari bawah. Sapa2 malas nak layan n malas nak merasa, naik je taxi or bus. Yang specialnya tram ni macam bukit bendera la. Dia berhenti kat tengah2 atas tuh and terangkan beberapa sejarah HK. Agak menarik. Sebab sangat curam n bergaung! Nampak la bangunan2 pencakar langit dengan jelas dari seat kita. Phew! HK dasyat!
Sampai kat atas tuh ni la dia. Ala2 mall bertingkat2. Start tingkat bawah kami ke Peak Market. Ingat kan balik dari The Peak ni nak kena ke Ladies Market nak carik FM. Sekali tengok kat atas nih ada FM. Yes! Tak yah susah2 aku nak p LM. Sebab orang kata kat sana tak da apa. Macam Petaling St. je. Kalau pergi pon betul2 nak carik FM n tshirt. So kensel LM. Sini semua dah ada. Hoo alhamdulillah. Mudah aku!
Jom shopping.
Hard Rock Cafe shop pon ada kat sini. So HK ada dua Hard Rock shop. 1 dibawah Island tadi, 1 lagi di atas The Peak ini.Madame Tussauds. Aku decide tak perlu masuk MT since beberapa bulan lepas kami ada masuk MT Bangkok. Kami main pandang2 berdua. Nak masuk ke tak? Kang boring je. Bukan ada apa. Erm zas. Kami abaikan. Lalu je kat depan entrance nya!
The Peak Sky PassPunya la aku sedih masa kat sini. Aku harapkan indah! Rupanya biasa2 jerh. Isk. Iyyer la panjat itu ini segala nak tengok building pencakar langit depan mata. Sekali naik, tengok2 macam tak best. Jauh weh! Tak macam
Marina Bay Singapore. Berjam2 aku kat atas tuh dek keindahan nye. Sebab betul2 depan mata walaupon tak tinggi sangat berbanding HK ni. Tapi dia di sekeliling kita. Tapi HK ni die sekelompok je kat situ. Kiri kanan lain gaung n bukit bukau. Ada la rumah2 orang kaya agak nye. Erm buring. Tak de bar. Tak de apa2 xtvt pon kat atas tuh. Le. Cinonit je tempat amik gambar nye. Pusing2 sikit then turun balik. Haih.
LOL. Laki aku mase ni mulot keluo asap. Jakun! Tak la jakun sangat sebab genting n cameron pon macam tuh suatu ketika dahulu. (stetmen xnk klh)
Bubba Gump Shrimp The Peak - HALAL
Alhamdulillah
halal. Lega nya ya ALLAH. BGS ni tingkat berapa tah. Tapi kat situ2 jugak. Pandai2 korang la carik ya? Tak besar mana pon. Takkan sesat lah.
Tengok view gambar aku atas ni. Makan ber view kan kota HK. MasyaAllah. KAU maha kaya ya ALLAH. Ni semua rasa lagi dan lagi nak jenguk negara orang. Cantik.
Daki tinggi2. Turun dengan sedikit hampa! Tapi nasib baik perut kenyang! Cet. Dah tu plak tengok manusia bersemut Q nak turun pulang dengan menaiki tram. Dengan macam bagus, kami menggunakan 'the power of hand' kami untuk menahan taxi. Yes! Dengan bermodal RM20 jer taxi akan hantar kami ke Central MTR. Pergh driver sangat handal drive bukit bukau cerun macam tuh. Dah tu koje die ek? So selesai lawatan the peak kami.
Turun ke Central Station and amik MTR ke TST semula untuk berjimba sebelum kami pulang esok.
Banyak gila kedai gadget kat TST ni. Servay la uols selagi boleh. Kedai cantik. Nampak class! Sekali masuk tengok2. Dia paksa plak. Ceh. Tapi pandai2 la elak. Lense yang tah dari mana dia bukak RM1.5k. Wah straight sangat kami kene kencing niih. Lantak la ko kat situ. Round kedai lain ada la jadi RM500. Gile tak 1st kedai yang pau kami tuh? Dah la kami dari Msia(*tetibe) And lagi laki aku shopping barang camera dia. Sangat hubby aku trip ni. Sakan dia. Alhamdulillah :)
Lain2 harga i5 and ipad mini pon lebih kurang sama dengan kita. Tidak la aku nak beli kat dorang. Baik kat Msia. Kang rosak ke apa tak pasal2. Mana aku nak arah kn? Huuu choi!
Tapi kalau pandai caranya memang dapat la barang2 baik n murah kat sini. Germany made! Pandai servay n hati kena rentong skit. Takot2 baik tak yah. Dorang paksa tapi tak la marah2. Cuma kalau bla tuh sampai ke muka pintu dia bukak harga terbaik untuk kita. Selagi dia bukak kita x mo, tuksah la pusing kan? Huhu.
Day 5
Kami keluar pagi kali ni. Memang aim nak shopping di HK Int Airport. Selesai refund deposit hotel, selesai refund deposit Octopus card, kami maju ke Lantau Island untuk ke Airport. Ye menaiki Teksi. Jangan lupa korang pulangkan Octopus card. Dapat refund HKD50 each card.
Taxi dari Benito Hotel TST ke Terminal 2 Airport HKD240. Korang kira la sendiri. Makan masa dalam 45min. Jauh jugak. Tapi pon berbaloi. Sebab takot tak sempat kan? Nak cepat.
At terminal 2 Airport
Setia bersama, Leica. Kato eh!
See the Halal food direction. Joms!
Tahdaaaaaa
Penah makan sekali kot kat midvalley. Ni 2nd time. Layan je la labu.. Yang paling penting HALAL n kenyang. Syukur.
Kat airport ni dari 1 terminal ke terminal lain boleh merayau. Dekat je. Cuma kena ada masa untuk rayau sakan.
Misi kami nak datang awal kali ni ialah nak beli luggage! Ye kami purchase luggage waktu balik shj. Memang nak kena beli pon 1 bag besar. Sebab yang dah ada besar tuh zip nya rosak. So dah lama ditinggalkan berbalut di rumah. Hari tuh kat Citygate ada berkenan 1 ni. Shocking pink. American Tourister. RM400 je weh yang paling besar. Masalah nak beli tak lepas sebab kami nak ke disneyland lepas tuh. Mana plak aku nak parking bag gabak tuh kalau beli?! Haisey. Mula la termimpi2 nih. Cet.
So misi kami nak mencarik luggage. Tapi tak la memaksa sangat. Laki aku cakap kalau tak de yang berkenan, kita masukkan je hand luggage ni jadi 20kg. Yer la kalau tak berkenan wat pe nak beli kan?
Finally jumpa jgak 1. Murah la jugak. Tapi mahal sikit dari RM400 tuh. Ok la. Memula cam aku tak berkenan sangat. Tapi nak tunggu sampai bila? Luggage kami memang dah rosak pon. Lansung tak boleh pakai. Nak tunggu yang berkenan memang RM2.5k kat Malaysia. Funky habis. Laki aku decide kalau macam tuh beli kat Msia je. Aku ni kedekot sikit bab2 tuh. So apa kata kita beli je yang ni. +/- RM400 yang besar gila and tak buruk. Yang penting 4 roda yang smooth tuh. Jalannnnnnnnnnnn! Tak yah fikir2 pjg. Tak kose lah nak beli yang 2.5k tuh. Cantik2 pon pakai sama je. Hope this UK brand tahan la. InsyaALLAH.
Dah dapat semua apa yang nak, perut pon dah kenyang. Kami pon check in terus. Wah pakai bag baru. Siap letak hand luggage pink aku tuh bulat2 terus dalam luggage yang nih. Osah bosar betul kan? Ahaks. Dah tu terus check in. Punya la semangat nak masuk boarding area, sebab nak shopping. Mana la tau ada yang lagi cantik ke kan? Ermmmm. Sekali masuk tak ada apa.. Ceh! Kalau kat BKK aku berjam2 kat dalam tuh, leka. Sampai gate dah bukak di announce baru kami blah. Huhuhuhuhu. Itu yang kali ni kami ingat HK lagi best. Sekali nan hadoo.. Ade la Longchamp. And kedai Perfume cam KLIA tuh. Tapi HK kot, kat bali lagi indah plak aku rasa. Huhuhuhu. Apada
![]()
Sempat la tanya2. Murah plak dalam RM300. Malaysia RM390. Aku rembat la 1. Padahal kat rumah ada sikit lagi. Tak perlu beli. Tapi laki aku beriye sangat. Dia kata aku lansung tak beli pape. Takat benda2 cinonit2 tuh dia kate. Aku plak kata tuh dah cukop kot untuk aku. Bila umur meningkat, dah selalu plak membeli, terasa diri ni tak gayat mana dah nak beli semua. Melainkan baju2. Itu pon kadang2 yang cantik n ada size pon dah tak pandang. Sebab macam dah ada. Gile eksen?? Lol. Ini pengakuan benar lah. Dah hati tuh tak nak sangat. Aku suka beli kalau aku terus nampak n cakap "NAK"! Kalau ter errrr..tuh tak de la tu deh. And lagi 1 trip kesini pon dah 1 hadiah yang terlalu indah n besar dah buat aku.
So dengan pembelian ini laki aku boleh la menyakat aku dengan mencurik ayat aku 'uiyoooooooooooo ade orang ade perfume baruuuuu oooooooooooooooo' padahal perfume je kan? Hahahhahaha.. Kalau trip HK ni dia lebam kene sakat dengan aku. Sebab dia beli barang banyak. Klakau. Beli la yob. Keje pon untuk kepuasan diri. Jangan sampai berlebih dah la. Berbelanja la ikot nisbah gaji masing2.
Walaupon banyak masa berlebih, alhamdulillah plak kami ni suka buat semua lebih awal. Sebabnya hari ni flight kami cepat 30minit plak. Selamber badak je AA ni. Tapi bagus gak. Tak la aku melopong kat situ kan?
![]()
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar nya. Paling tak le belah bila flight kami selisih dengan flight 1 lagi kat sebelah. Uwawawawa 1st time aku tengok macam ni. Cuak pon ada. Cute pon ada. Macam main2 plak. Melopong lagi aku laki bini. Hehehhe.. Cuma masa kami sampai lebih kurang 4jam. Pilot ni tak pandai short cut! Kene belajar dari brother taxi kat rumah aku. Cara cilok2. Masa sampai hari tuh cepat gile. 3jam je. Huhuhuhu. Den dah sakit2 belakang dah masa ni. Nak sampai plak ujan lebat kat sepang. Boleh plak kapal terbang ni menjunam sket kebawah dengan bapak laju. SubhanAllah.. Macam2 betul pengalaman. TAK SUKE! Tapi bersyukur sebab suspen je lebih, tapi tak ada apa2. Cayalah AA. Aku lagi suka cara AA memandu dari MAS. Kalau korang perasan, kalau domestic aku selalu amik Mas(sbb comp) so bila naik je MAS, memang kasar and macam taik! Penah aku tergelincir ke seat sebelah dek kekasaran dorang. AA gak best. Tapi tak tahu la kalau2 domestic je Mas suka berbuat tahi.
Overall? Bila plan menjadi dan dizinkan Allah dari segala segi mesti la otomatik jadi BEST! Tak kira lah pergi Hulu Langat sekali pon, kan? So same goes dgn trip ni. Bila semua menjadi, kita rasa memang terbaek le. Cuma belanja makan la mahal sikit. Tapi tak la terasa sangat bila kami berdua sekali makan RM100. Kalau kat KL pon makan chillis pon harga2 tuh kan? TAPI kalau uols anak beranak mungkin sakit sikit la. Lagi pon bila dah start plan, jangan la benda2 yang remeh pon nak cakap itu mahal, ini mahal! Tak leh compare. Kalau compare, takkan jadi. So bersedia lah dari segala segi. Cuma lepas ni kalau2 pergi tempat lebih mahal aku nak bawak periuk nasi yang sejengkal tuh. Atleast boleh alas perut. Kami ni kuat makan. Jap2 kang lapo. Makan lua pon makan jugak, tapi tang pagi ke malam2 buta ke, mana nak cekau? Tak larat kot nak nasi beriani je. Kira kalau trip HK ni if aku bwk periuk nasi dgn sambal kering, boleh lah menggantikan santapan2 megi aku yang aku duk hadap dari Macau lagi. Hari2 makan megi jenuh weh! Nasib bawak roti and kaya. Ada la pengganti!
![]()